Bantuan 93 Keluarga di 5 Lokaliti PPR
- Nov 4, 2025
- 1 min read
Dari PPR Kerinchi ke PA Desa Rejang, dari PPR Kampung Muhibbah ke PPR Taman Mulia dan PA Sri Kota.
93 keluarga miskin tegar ini dibantu di bawah Inisiatif Basmi Miskin Tegar (IBMT) melalui kerjasama strategik antara Kementerian Ekonomi dan Universiti Malaya, khususnya Pusat Kajian Pembangunan Ungku Aziz (UAC) dari tahun 2022 sehingga Disember 2025.
Program ini telah memberi manfaat kepada peserta daripada kalangan ketua isi rumah (KIR) miskin tegar dengan pendekatan berasaskan penyelidikan, pendidikan, dan keusahawanan sosial untuk membantu pendapatan peserta B40 miskin tegar di Kuala Lumpur.
Semoga setiap sumbangan membawa harapan dan cahaya buat mereka.






Comments