Majlis Anugerah Kecemerlangan & Apresiasi 2024 SMK Pendidikan Khas Setapak
- ARBA Foundation
- Aug 16, 2024
- 1 min read
“We may be blind, but we can see dreams.”
Baru-baru ini kami dijemput untuk meraikan kecemerlangan beberapa anak-anak istimewa yang kami bantu di SMK Pendidikan Khas Setapak dalam bidang akademik, sukan, kokurikulum dan sahsiah.
Anak-anak ini datang dari semua negeri, bukan dari Lembah Klang sahaja. Majoriti mereka adalah dari kalangan keluarga B40. Ada yang nampak macam normal tapi sebenarnya dia tak nampak, ada yang nampak macam buta tapi sebenarnya dia masih boleh nampak walaupun samar-samar atau sikit je.
Tak semua anak-anak ini yang lahir buta, ada yang sakit seperti tumor otak, demam denggi berdarah, glaucoma, kemalangan yang kemudiannya hilang penglihatan sikit demi sedikit.
Banyak naratif yang bermain di fikiran dan sudut pandang orang luar.
“Oh kesiannya..”
“Eh boleh ke ni..”
“Rasa macam tak boleh..”
Tapi sebenarnya, percayalah.. jika diberi peluang yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain dan dengan support yang cukup daripada guru-guru dan masyarakat, they will achieve so many dreams with flying colors. They are so talented in many different ways!
They’re certainly not helpless and we should help them be capable.
Selalu bila bercakap tentang bagaimana nak tolong “orang buta” atau “cacat penglihatan”, perkara yang terucap adalah..
“Kita boleh tolong mereka lintas jalan.”
Many only know this much to support the blind, but we can help in many more ways.
They don’t want our sympathy but they want an equal opportunity. They just want to be noticed. Not out of sympathy but with equality and love ❤️






























Comments