top of page

Story of a Dream Came True: Afiq & Rakan-Rakan

  • Jun 14, 2024
  • 2 min read

This is a story of a dream came true. Kisah adik Afiq dan rakan-rakan!


Ramadan lalu, salah satu aktiviti yang cukup bermakna buat kami di ARBA Foundation ialah peluang untuk menyantuni anak-anak yang memerlukan di Labuan.


Waktu ini lah kami ditemukan dengan guru-guru dan anak-anak murid di SMK Rancha-Rancha. Sebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber antara yang terbaik di negara dan berpegang kepada slogan #kasinaikanakkampung. Anak-anak disini sangat ramah dan potensi mereka sangat menyerlah.


Namun terdapat satu ‘gap’ yang kami lihat wujud untuk anak-anak Borneo dan luar bandar ini ialah akses kepada pengalaman menghadiri program-program mega dan antarabangsa yang hanya atau lebih tertumpu di kawasan Lembah Klang.


Apabila team kami menerima permohonan daripada SMK Rancha-Rancha untuk membawa sebahagian anak-anak pengawas pusat sumber ini ke Pesta Buku Antarabagsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024), permohonan Mereka diluluskan

Di PBAKL nanti, mereka akan belajar membuat liputan media dan ‘experience’ pesta buku terbesar negara. 


Program seperti ini selari dengan Projek Adiwira iaitu Projek Pembangunan Bakat dan Projek Teroka iaitu Projek Eksplorasi Potensi buat anak-anak memerlukan yang diusahakan di ARBA Foundation.


Seperti yang kami kongsikan dalam video Sebelum ini, kami bawa adik Afiq dan rakan-rakan ke Petrosains, KL Tour, dan tentunya ke PBAKL sebagai agenda utama. Kami dapat rasakan bertapa terujanya anak-anak ini untuk mencari buku-buku dan berjumpa dengan ikon-ikon yang mereka jadikan inspirasi. 


Banyak kali juga mereka ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada team kami. 


Paling tidak dijangka, anak-anak ini mendapat peluang berinteraksi, bertanya soalan, dan mendapatkan autograph daripada YAB Perdana Menteri Malaysia, DS Anwar Ibrahim!


Terima kasih kepada para penyumbang yang terus percaya kepada usaha-usaha yang dilakukan di ARBA Foundation. Sama-sama kita bina semula negara dengan membantu anak-anak seperti mereka.



Comments


bottom of page